PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : DAFTAR SEKARANG

Bantuan Tunai Rahmah ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat dan berfasa kepada lebih 60% rakyat dewasa Malaysia. Permohonan bagi 2024 adalah dibuka sepanjang tahun bermula 1 November 2023 berbanding sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja setahun.

Bagaimanakah permohonan bantuan tunai rahmah? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM1200 : CHECK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Secara umumnya pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang menetapi di Malaysia sahaja serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk setiap kategori seperti berikut :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000;
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
  2. Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.
  3. Kategori Bujang :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 adalah secara berfasa seperti jadual berikut :

FASATARIKH
Fasa 129 Januari – 2 Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

KAEDAH PENYALURAN

Bantuan Tunai Rahmah akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun
bank pemohon / pasangan.
Tiada akaun bank (termasuk
di Sabah dan Sarawak)
Pembayaran secara tunai melalui
cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN).

KADAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Bagi tahun 2024, kadar Bantuan Tunai Rahmah telah dinaikkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Kadar bantuan tunai kepada isi rumah adalah bergantung oleh bilangan anak.
BIL. ANAKKADAR BANTUAN
TiadaRM1,000
1-2 anakRM1,500
3-4 anakRM2,000
5 ke atasRM2,500
  • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Kadar bantuan tunai kepada isi rumah adalah bergantung oleh bilangan anak.
BIL. ANAKKADAR BANTUAN
TiadaRM500
1-2 anakRM750
3-4 anakRM1,000
5 ke atasRM1,250
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
KADAR BANTUAN
RM600
  • Kategori Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah :
KADAR BANTUAN
RM350
Nota : Setiap penerima Bantuan Tunai Rahmah akan menerima bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

KADAR TAMBAHAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Setiap penerima yang dikenalpasti layak akan menerima Bantuan tambahan mengikut kelayakan yang ditetapkan (mengikut data eKasih dan JKM) seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
TAMBAHAN
Penerima STR berstatus Miskin dan
Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
RM1,200 / RM600
(RM100 / RM50 sebulan)
Penerima Isi Rumah STR dan bukan
berstatus Miskin dan Miskin Tegar
di bawah eKasih atau JKM
RM300
Penerima Bujang dan Warga Emas Tiada
Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin
dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
RM150

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Terdapat dua (2) kaedah permohonan yang boleh dibuat seperti berikut :

  1. Permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Pemohon hadir ke :
    • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
      (HASiL); atau
    • Pejabat Satelit HASiL; atau
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.

CARA MEMOHON SECARA DALAM TALIAN

Untuk permohonan secara dalam talian, sila ikuti panduan berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK].
  5. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  7. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  8. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  9. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  10. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  11. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  12. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  13. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  14. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :

  • Pemohon :
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Pasangan :
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
  • Anak :
    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

2 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment