BANTUAN BAKUL MAKANAN 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN BAKUL MAKANAN 2024 : MOHON SEKARANG

Selain daripada bantuan tunai, Kerajaan juga menawarkan bantuan bakul makanan tanpa tunai (cashless) yang disalurkan setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak. Pemberian bantuan ini dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan bakul makanan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH : DAFTAR SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN BAKUL MAKANAN 2024

Seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024, Bantuan Bakul Makanan akan diperluaskan kadar penerima serta kadar nilai bantuan supaya lebih ramai rakyat yang akan menerima manfaat yang sama. Berikut adalah kadar bantuan yang disalurkan mengikut kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAKADAR
BANTUAN
KADAR
PENERIMA
Penerima kategori Isi Rumah,
Warga Emas, dan Bujang
berstatus Miskin Tegar
-Isi Rumah : RM1,200.
-Warga Emas : RM1,200.
-Bujang : RM600.
0.2 juta
Penerima kategori Isi Rumah,
Warga Emas, dan Bujang
berstatus Miskin eKasih
-Isi Rumah : RM1,200.
-Warga Emas : RM1,200.
-Bujang : RM600.
0.5 juta
Penerima kategori Isi Rumah,
Warga Emas, dan Bujang
berstatus Bukan Miskin / Miskin
Tegar
-Isi Rumah : RM300.
-Warga Emas : RM150.
-Bujang : RM150.
8.0 juta
*Kadar bantuan RM1,200 dan RM600 akan disalurkan setiap bulan sebanyak RM100 dan RM50 ke dalam Mykad penerima. Namun untuk RM300 dan RM150 akan diumumkan dalam masa terdekat.

SENARAI BANTUAN BAKUL MAKANAN

Penerima yang layak, boleh membeli barangan makanan dengan menggunakan MyKad mengikut senarai yang diluluskan seperti berikut :

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa.

Nota : Selain senarai di atas, penerima boleh membeli barangan yang lain seperti Produk kebersihan, Ubat-ubatan dan Barangan persekolahan.

CARA TEBUS BANTUAN BAKUL MAKANAN

Penerima yang layak boleh membuat tebusan seperti berikut :

  1. Sila kunjungi kedai-kedai atau pasaraya yang telah berdaftar dengan bantuan. (Rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Kemudian pilih barang yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori yang diluluskan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program akan dilabel untuk rujukan penerima. (Label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Di kaunter bayaran, sila tunjukan MyKad untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Bayaran adalah dengan menggunakan MyKad (terhad RM100 sahaja, lebihan itu perlu dibayar secara tunai).
  5. Masukkan 6 digit nombor pin MyKad anda.
  6. Simpan resit sebagai rujukan baki.

CARA MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN 2024

Menurut soalan lazim daripada Portal Rasmi bantuan, tiada permohonan yang diperlukan oleh kerana kelayakan adalah secara automatik daripada penerima Bantuan STR. Namun, untuk memohon bantuan yang bernilai RM1,200 hendaklah membuat pendaftaran eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda atau melalui :
  6. telefon
  7. surat
  8. e-mel rasmi
  9. membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
  10. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  11. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  12. Selesai.

TALIAN PENDAFTARAN EKASIH BANTUAN BAKUL MAKANAN

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment