DAFTAR BANTUAN MYKASIH 2024 RM100 SEBULAN : MOHON SEKARANG

DAFTAR BANTUAN MYKASIH 2024 RM100 SEBULAN : MOHON SEKARANG

Sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih ini telah mula diguna pakai oleh Kementerian, Kerajaan Negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka, dan salah satu bantuan yang disalurkan di bawah MyKasih ini adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah daftar bantuan mykasih rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS MYKASIH : SEMAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN BANTUAN MYKASIH 2024

Kelayakan adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2024

Kaedah penyaluran adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut :

BULANPENERIMA
ISI RUMAH &
WARGA EMAS
PENERIMA
BUJANG
Januari 2024RM100RM50
Februari 2024RM100RM50
Mac 2024RM100RM50
April 2024RM100RM50
Mei 2024RM100RM50
Jun 2024RM100RM50
Julai 2024RM100RM50
Ogos 2024RM100RM50
September 2024RM100RM50
Oktober 2024RM100RM50
November 2024RM100RM50
Disember 2024RM100RM50

DAFTAR BANTUAN MYKASIH 2024

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih. Ikuti cara pendaftaran eKasih seperti berikut :

  1. Pendaftaran di bawah sistem e-Kasih ini anda boleh melakukannya dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :
    • telefon (rujuk senarai talian di bawah); atau
    • surat; atau
    • e-mel rasmi; atau
    • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
  2. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

TALIAN PENDAFTARAN

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

14 thoughts on “DAFTAR BANTUAN MYKASIH 2024 RM100 SEBULAN : MOHON SEKARANG”

    • Semenjak dari tahun 2020 sy tidak dapat bekerja di sbb kan telingge saya mulai hilang daya pendengaran. Dan sy sudah jadi pekak

      Reply

Leave a Comment