CHECK STATUS MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG

Program bantuan yang disalurkan melalui MyKasih akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah check status mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : MOHON SEKARANG

APA ITU MYKASIH 2024

Pada awalnya MyKasih adalah sebuah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Sekarang sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih ini telah mula diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka, dan salah satu bantuan yang disalurkan di bawah MyKasih ini adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

KAEDAH PELAKSANAAN STATUS MYKASIH 2024

Bantuan akan disalurkan melalui Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan mereka mengagihkan bantuan dengan cekap, telus dan selamat.

PENGGUNAAN BANTUAN MYKASIH 2024

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman serta produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Boleh membuat pembelian di mana-mana kedai yang berdaftar MyKasih seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

CHECK STATUS MYKASIH 2024

Semakan kelayakan penerima myKasih boleh diketahui melalui tiga (3) cara seperti berikut :

  1. Semakan SMS :
    • Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
    • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.
  2. Semakan Prihatin Kasih :
    • Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
    • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
    • Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  3. Semakan Program Bantuan KASIH JOHOR :
    • Layari portal semakan di MyKasih Johor
    • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Kasih Johor.
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
    • Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  4. Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Sila layari pautan Semakan Status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
    • Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
    • Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    • Tekan butang [Semak Status].
    • Status anda akan dipaparkan.
    • Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

3 thoughts on “CHECK STATUS MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment