SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Penambahbaikan program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) oleh Kerajaan pada tahun 2024 sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semak status sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM1200 : DAFTAR SEKARANG

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya SARA merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sumbangan Asas Rahmah disalurkan ke dalam MyKad penerima Semenanjung Malaysia menerusi Mykad untuk pembelian barangan keperluan asas.

PENAMBAHBAIKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Kerajaan telah menambahbaik sistem Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kaedah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut alamat penerima seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (Februari dan Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

KATEGORI PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Pemberian Sumbangan Asas Rahmah terbahagi kepada tiga (3) seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Kategori Miskin Tegar :
i. Isi Rumah berpasangan / ibu bapa tunggal
yang mempunyai anak.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan.
iii. Bujang
0.2j
Kategori Miskin eKasih :
i. Isi Rumah berpasangan / ibu bapa tunggal
yang mempunyai anak.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan.
iii. Bujang
0.5j
Kategori BUKAN Miskin / Miskin Tegar :
i. Isi Rumah berpasangan / ibu bapa tunggal
yang mempunyai anak.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan.
iii. Bujang
8.0j

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah kepada kategori Miskin dan Miskin Tegar :

  • Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 / RM50 setiap bulan bermula 22 Januari 2024 dan seterusnya adalah pada 1 hari bulan setiap bulan pada Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
  • Penerima yang beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dikreditkan ke akaun bank atau secara tunai RM600 / RM300 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) selama dua (2) kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Semakan status boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :

  1. Surat pemakluman :
    • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
  2. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) :
    • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  3. Semakan terus melalui Portal Rasmi :
  4. Hubungi talian (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) :
    • Talian LHDNM : 1-800-88-2747
    • Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Talian MyKasih : 03-7720 1800

CARA SEMAK STATUS MELALUI PORTAL RASMI

Ikuti cara semakan status melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment