PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : DAFTAR SEKARANG

Pelbagai program bantuan yang diperkenalkan oleh Yayasan MyKasih untuk membantu golongan miskin, kini telah mendapat sokongan daripada Kerajaan Malaysia yang telah memberi peruntukan bantuan sehingga RM1,200 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagaimanakah permohonan bantuan mykasih rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA : CHECK STATUS SEKARANG

PERUNTUKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Kerajaan telah memperuntukan bantuan yang bernilai RM1,200 kepada seramai 700,000 penerima yang layak yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang diluluskan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Pemberian bantuan ini adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Bantuan Mykasih yang bernilai RM1,200 akan dikredikan kepada penerima seperti tarikh berikut :

  1. Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan bermula 22 Januari 2024 dan seterusnya adalah pada 1 hari bulan setiap bulan pada Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
  2. Penerima yang beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dikreditkan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) selama dua (2) kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di atas, anda boleh membuat permohonan / pendaftaran dengan eKasih seperti berikut :

  1. Pendaftaran di bawah sistem e-Kasih ini anda boleh melakukannya dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :
    • telefon (rujuk senarai talian di bawah); atau
    • surat; atau
    • e-mel rasmi; atau
    • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
  2. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

TALIAN PERMOHONAN

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

7 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : DAFTAR SEKARANG”

  1. Saya tidak bekerja diberhentikan Semasa pendemik 2020. Skrg umur sudah 60thn pada 5/2/2024.
    Bagaimana saya ingin dapatkan bantuan rahmah

    Reply
  2. Saya tidak berkerja 2 tahun…nak Sara anak Masih sekolah rendah.macam mana Saya nak dapat bantuan 100 ini…

    Reply

Leave a Comment