CARA MEMOHON BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 2024 : MOHON SEKARANG
Kerajaan bersedia untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menampung kos pembelian barang dapur setiap bulan berjumlah sehingga RM500 melalui pengkreditan tunai untuk beli barang dapur yang diiginkan.
Bagaimanakah cara memohon bantuan tunai untuk pembelian barang dapur rm500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN MYKAD TERKINI RM1800 : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN PROGRAM BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Bantuan Tunai untuk pembelian barang dapur adalah di bawah dua (2) program yang berbeza iaitu Bantuan BINGKAS yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Bantuan SARA pula diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Pemohon hendaklan memohon sebelum tarikh tutup permohonan seperti berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH PERMOHONAN |
---|---|
Bantuan BINGKAS | Bermula 5 Julai hingga 15 Ogos 2024 |
Bantuan SARA | Bermula 1 Julai hingga 30 September 2024 |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR
Pengkreditan Bantuan Tunai untuk Pembelian Barang Dapur adalah melalui kaedah berikut :
JENIS BANTUAN | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Bantuan BINGKAS | Dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet penerima sebanyak RM300 setiap bulan. |
Bantuan SARA | Dikreditkan ke dalam akaun kad pintar penerima sebanyak RM50 hingga RM100 setiap bulan. |
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Antara syarat kelayakan yang utama untuk memohon Bantuan Tunai untuk pembelian barang dapur adalah pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat-syarat berikut :
- Kelayakan Pemohon Bantuan Tunai BINGKAS :
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.
- Kelayakan Pemohon Bantuan Tunai SARA :
- Beralamat atau menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar di bawah pengkalan data e-Kasih;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.
CARA MEMOHON BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 2024
Permohonan Bantuan Tunai untuk Pembelian Barang Dapur boleh dibuat di dua (2) portal yang berbeza mengikut cara seperti berikut :
- Permohonan Bantuan Tunai BINGKAS :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Anda perlu mengaktifkan akaun Selangkah e-Wallet.
- Selesai.
- Permohonan Bantuan Tunai SARA :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
BINGKAS.