SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM800 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Rakyat yang tersenarai di dalam pangkalan data e-Kasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) akan layak untuk mendapatkan bantuan tunai atau tanpa tunai melalui program bantuan daripada kerajaan Madani bagi sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan ekasih rm800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 : MOHON SEKARANG
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM800 2024
Untuk mengetahui penerima yang layak menerima Bantuan e-Kasih, ikuti cara semakan penerima Bantuan e-Kasih pada pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN EKASIH RM800 2024
Bilangan jumlah penerima Bantuan e-Kasih adalah seramai lebih 0.7 juta merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan juga bujang yang terbahagia kepada dua kelayakan iaitu miskin dan juga miskin tegar.
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Miskin Tegar (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | 0.2 juta penerima |
Miskin (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | 0.5 juta penerima |
AMAUN BANTUAN EKASIH 2024 DITERIMA OLEH PENERIMA
Amaun Bantuan e-Kasih yang diterima oleh penerima adalah antara RM50 sehingga RM600 mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan untuk setiap penerima (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang).
KATEGORI KELAYAKAN | AMAUN BANTUAN YANG DITERIMA |
---|---|
Isi Rumah | RM100 / RM600 sehingga RM1,200 |
Warga Emas | RM100 / RM600 sehingga RM1,200 |
Bujang | RM50 / RM300 sehingga RM600 |
TARIKH BANTUAN EKASIH 2024 DITERIMA OLEH PENERIMA
Penerima yang layak telah mula menerima Bantuan e-Kasih sejak pada bulan Januari dan berlanjutan sehingga kini. Namun bantuan akan dikreditkan mengikut negeri penerima iaitu bermula bulan Ogos dan Oktober.
NEGERI PENERIMA | TARIKH BANTUAN EKASIH DITERIMA |
---|---|
Sabah, Sarawak dan Labuan | Bermula 12 Ogos 2024 |
Semenanjung Malaysia | Bermula 01 Oktober 2024 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.