STR 2025 BUJANG : JUMLAH BANTUAN & KELAYAKAN BAYARAN
Bukan sahaja golongan isi rumah yang berkeluarga sahaja akan menerima kenaikkan jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), malah rakyat dewasa Malaysia yang berstatus bujang juga akan menerima kenaikkan jumlah bayaran bagi tahun 2025.
Bagaimanakah semak jumlah bantuan str bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR 2025 : BUJANG, WARGA EMAS, ISI RUMAH B40 & M40
JUMLAH BANTUAN STR 2025 BUJANG
Pada tahun 2024, penerima yang berstatus bujang hanya layak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar RM350 sahaja. Namun bagi tahun 2025, jumlah Bantuan STR telah dinaikkan sehingga RM600 kepada golongan bujang.
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR |
---|---|
Bujang | Daripada RM350 (2024) Kepada RM600 (2025) |
KRITERIA KELAYAKAN STR BUJANG
Antara kriteria-kriteria kelayakan penerima STR bujang adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
*Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan TIDAK dibenarkan membuat permohonan sebagai kategori bujang.
BILANGAN PENERIMA STR BUJANG
Berdasarkan bilangan penerima STR yang berstatus bujang terkini adalah seramai lebih 3.3 juta (setakat ini). Namun bilangan tersebut dijangka akan bertambah dan meningkat seiring dengan permohonan yang bakal dibuka sepanjang tahun (sama seperti tahun 2024).
SEMAKAN STR 2025 BUJANG
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan STR berstatus bujang, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.
alhamdulillah ada penambahan sikit