JUMLAH BANTUAN STR 2025 : BUJANG, WARGA EMAS, ISI RUMAH B40 & M40
Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri ke-10 telahpun membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 sejak jam 4:00 petang di Persidangan Dewan Rakyat yang turut membantangkan peruntukan untuk Bantuan STR bagi tahun 2025.
Bagaimanakah semak jumlah bantuan str 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 : SEMAK SEKARANG
PERUNTUKAN BANTUAN STR 2025
Untuk tahun 2025, kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu dinaikkan sehingga 3 billion ringgit (RM) menjadikan peruntukan Bantuan STR sebanyak 13 billion ringgit (RM) ketimbang 10 billion ringgit (RM) bagi tahun 2024.
Kadar peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut adalah untuk dinikmati oleh seramai hampir 9 juta rakyat yang bersamaan 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Seiring dengan kenaikan kadar peruntukan, maka jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2025 juga dinaikkan bagi setiap kategori dengan jumlah antara RM600 (golongan bujang) dan RM3,400 (golongan isi rumah).
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2024 | JUMLAH BANTUAN STR 2025 |
---|---|---|
Bujang | RM350 | RM600 |
Isi Rumah B40 | RM2,500 (Bergantung bilangan anak) | RM3,400 (Bergantung bilangan anak) |
TAMBAHAN BANTUAN STR 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 dari golongan bujang dan isi rumah juga akan turut menerima bantuan tambahan STR sebanyak RM100 setiap bulan melibatkan seramai lebih 4.1 juta penerima ketimbang tahun 2024 hanya 0.7 juta sahaja.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 2024 | BILANGAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 2025 |
---|---|
0.7 juta penerima | 4.1 juta penerima |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.