PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : DAFTAR SEKARANG

Keprihatinan Kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi dengan mewujudkan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan bantuan ewallet 300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas ini adalah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bantuan yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet RM300 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

MANFAAT BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan manfaat yang diperoleh melalui Bantuan e-Wallet ini :

  • E-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya yang berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (scan e-Wallet);
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan :

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Ubat-ubatan
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  13. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  14. Lampin pakai buang (Bayi / dewasa)
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
  16. Barangan persekolahan (Kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya)
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti cara permohonan bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan di Portal Rasmi BINGKAS seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Tekan butang [X] dan isikan maklumat anda dengan betul dan lengkap.
  3. Klik butang [Teruskan].
  4. Isikan borang maklumat pendapatan dan tekan butang [Teruskan].
  5. Seterusnya, isikan maklumat anak dengan menekan butang [Tambah anak] untuk simpan rekod dan tekan butang [Teruskan].
  6. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  7. Kemudian, tekan butang [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi dan diperlukan.
  8. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  9. Klik [Hantar].
  10. ‘Pendaftaran anda telah berjaya! Nantikan makluman pengesahan anda’.
  11. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Nota : Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

7 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment