CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG

Penerima yang berstatus layak bantuan MySara akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 pada setiap bulan melalui Kad pengenalan (MyKad) untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Bagaimanakah check status penerima bantuan mysara rm100 fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 : MOHON SEKARANG

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1 2024

Berikut merupakan jumlah penerima yang menerima bantuan Mysara bernilai RM100 bagi fasa 1 2024 :

STATUS PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Miskin Tegar0.2 juta
Miskin0.5 juta

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1 2024

Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh membuat semakan status penerima bantuan Mysara RM100 fasa 1 seperti berikut :

  • CHECK STATUS MELALUI PORTAL RASMI MySTR :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • CHECK STATUS MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan MYSARA dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • SARA :
  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment