BERITA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : JUMLAH RASMI
Secara rasminya di persidangan Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada penerima bagi tahun 2025 adalah dengan jumlah antara RM450 sehingga RM900.
Bagaimanakah Berita Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH RASMI BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK SEKARANG
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada penerima pada tahun 2025 adalah berjumlah :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 | RM900 setahun |
Isi Rumah Pendapatan bawah RM5,000 | RM900 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 |
---|---|
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM450 setahun |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM0 |
TEMPOH PENYALURAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun sebelum ini adalah selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember) namun, tempoh penyaluran bagi tahun 2025 pula adalah selama sembilan (9) bulan sahaja iaitu bermula pada April hingga Disember 2025.
SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Untuk mengetahui kelayakan, semakan boleh dilakukan pada pautan rasmi berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Semakan Rasmi | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan Laman Semakan Rasmi di atas.
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan ‘Nombor MyKad*’ tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.