JUMLAH RASMI BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAK SEKARANG
Program Bantuan MySara bagi tahun 2025 akan diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak agar manfaat daripada program Bantuan MySara dapat dinikmati oleh semua golongan dewasa mahupun yang berpendapatan serdehana.
Bagaimanakah semak jumlah rasmi bantuan mysara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BERITA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : JUMLAH RASMI
APA ITU BANTUAN MYSARA 2025
Bantuan MySara adalah sebuah program bantuan bagi menampung kos pembelian keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah yang mana telah diperkenalkan sejak tahun 2023 dan turut disalurkan pada tahun 2024 dan bakal disambung pada tahun 2025.
JUMLAH RASMI BANTUAN MYSARA 2025
Bantuan MySara akan disalurkan kepada penerima mengikut kelayakan seperti berikut :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | BUKAN MISKIN |
---|---|---|
ISI RUMAH : RM1,200 | ISI RUMAH : RM1,200 | ISI RUMAH : RM900 |
BUJANG : RM600 | BUJANG : RM600 | BUJANG : RM450 |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYSARA 2025
Kerajaan bersetuju untuk meluaskan bilangan penerima Bantuan MySara bagi tahun 2025 kepada lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini :
TAHUN PENYALURAN | BILANGAN PENEIRMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima |
2024 | 0.5 juta penerima |
2025 | 5.4 juta penerima |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA 2025
Lazimnya kaedah penerimaan Bantuan MySara sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu secara tunai dan juga tanpa tunai (tertakluk kepada negeri penerima) :
KAEDAH PENERIMAAN | NEGERI PENERIMA |
---|---|
Secara tunai (Dalam akaun bank penerima / kaunter BSN) | Sabah, Sarawak & W.P Labuan |
Secara tanpa tunai (Dalam MyKad penerima) | Semenanjung Malaysia |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.