BANTUAN STR 2025 BUJANG : BAYARAN / JUMLAH

BANTUAN STR 2025 BUJANG : BAYARAN / JUMLAH

Golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas pastinya tidak ketinggalan untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), malah dari tahun ke tahun kerajaan akan menaikkan kadar peruntukan tunai khusus untuk golongan bujang.

Bagaimanakah semak bayaran bantuan str bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 SETIAP BULAN TERBARU : CHECK SEKARANG

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 BUJANG

Seiring dengan kadar peruntukan dinaikkan pada tahun 2025, jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar kepada golongan bujang juga bakal dinaikkan sehingga berjumlah RM600 berbanding tahun 2024 hanya sebanyak RM350.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR 2025
BujangRM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR BUJANG

Walaupun tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) belum diumumkan, namun bantuan akan dibayar kepada penerima secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa sepanjang tahun seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
STR 2025
PERINGKAT
(FASA)
1.Februari 2025FASA SATU (1)
2.April 2025FASA DUA (2)
3.Ogos 2025FASA TIGA (3)
4.November 2025FASA EMPAT (4)
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.

CARA BAYARAN BANTUAN STR BUJANG

Secara lazimnya Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada setiap penerima melalui dua (2) cara yang sama seperti tahun sebelum ini, iaitu :

CARA BAYARAN
BANTUAN STR
JENIS PENERIMA
Secara pengkreditan ke dalam
akaun bank penerima
Penerima yang mempunyai
akaun bank
Secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional
Penerima yang tiada maklumat
akaun bank

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR BUJANG

Syarat dan kriteri kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bujang adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
  • Bekerja di Malaysia serta berpendapatan bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment