JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 : BUJANG/ WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40
Inisiatif Bantuan STR yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah peruntukan Belanjawan 2025 telah dinaikkan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup
Berapakah jumlah bayaran str 2025 bujang / warga emas / isi rumah b40 & m40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR BUJANG : BAYARAN / JUMLAH
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | TAMBAHAN |
---|---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 | +RM0 (penerima asas) ATAU +RM600 (peneirma miskin) |
Bujang Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas) | RM600 | +RM450 (penerima asas) ATAU +RM1,200 (penerima miskin) |
- Isi Rumah B40 (Pendapatan rendah) :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | TAMBAHAN |
---|---|---|
Isi Rumah B40 Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000. 1-2 anak : RM1,500. 3-4 anak : RM2,000. 5 ke atas : RM2,500. | +RM900 (penerima asas) ATAU +RM1,200 (penerima miskin) |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan serdehana) :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | TAMBAHAN |
---|---|---|
Isi Rumah M40 Pendapatan Bawah RM5,000 | Tiada anak : RM500. 1-2 anak : RM750. 3-4 anak : RM1,000. 5 ke atas : RM1,250. | +RM900 (semua penerima) |
PAUTAN PORTAL RASMI BANTUAN STR
Penerima boleh membuat semakan status Bantuan STR melalui pautan Portal Rasmi berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR 2025
Ikuti cara semakan status bayaran Bantuan STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR; atau klik pautan di atas.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa tanda (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.