BERITA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG
Terkini menurut Kementerian Kewangan (MOF), Bantuan Tunai MySTR Fasa Empat (4) bagi tahun 2024 bakal mula disalurkan kepada hampir 9 juta rakyat dewasa Malaysia dengan kadar antara RM100 sehingga RM650 (tertakluk kepada kelayakan setiap penerima).
Bagaimanakah semakan bantuan tunai mystr fasa 4 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG
BERITA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini telah memberitahu bahawa Bantuan Tunai MySTR Fasa empat (4) yang dinantikan oleh rakyat bakal mula disalurkan pada 7 November 2024 (Khamis).
Bagaimanapun, Bantuan Tunai MySTR Fasa yang keempat (4) ini akan disalurkan secara berperingkat bermula pada tarikh tersebut dan berlangsung selama 3 hingga ke 5 hari (secara lazimnya) dikreditkan ke dalam akaun bank setiap penerima.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Berikut merupakan jumlah penerima Bantuan Tunai MySTR fasa yang ketiga (3) :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 3.0 juta penerima |
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,000 | 1.0 juta penerima |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | 1.2 juta penerima |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | 3.3 juta penerima |
KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024
Penerima sedia ada akan menerima kadar amaun Bantuan Tunai MySTR Fasa Empat (4) seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR AMAUN DITERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,000 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM150 |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.