STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG
Lebih 8.5 juta rakyat yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tentunya tidak sabar untuk menerima bayaran akhir iaitu fasa keempat (4) yang bakal dibayar kepada penerima pada awal November ini dengan kadar RM100 sehingga RM650 (bergantung kelayakan).
Bagaimanakah semakan str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 TELAH DI UMUMKAN : SEMAK SEKARANG
STR FASA 4 BILA MASUK
Seawal 7 November 2024 ini, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat atau penerima boleh mula mengambil wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh tersebut.
WAKTU STR FASA 4 DIMASUKKAN
Bantuan STR fasa empat (4) akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu setiap bank yang didaftarkan seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun, bantuan akan dimasukkan mengikut tarikh yang ditetapkan kepada setiap penerima (secara berperingkat).
AMAUN STR FASA 4 DIMASUKKAN
Bantuan STR fasa empat (4) akan dimasukkan mengikut amaun seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Pendapatan Rendah :
- Tiada anak : RM200.
- 1 hingga 2 anak : RM350.
- 3 hingga 4 anak : RM500.
- 5 anak ke atas : RM650.
- Isi Rumah Pendapatan Serdehana :
- Tiada anak : RM150.
- 1 hingga 2 anak : RM200.
- 3 hingga 4 anak : RM250.
- 5 anak ke atas : RM300.
- Isi Rumah Pendapatan Rendah :
- Kategori Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- RM100.
- Bujang Umur 60 tahun ke atas :
- RM150.
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
SEMAKAN STR FASA 4
Ikuti cara semakan status bayaran penerima STR fasa empat (4) seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa tanda sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.
Saya mohon permohonan str barang dapur
Mohd nazri bin Ibrahim