BANTUAN TUNAI KANAK KANAK MISKIN 2025 : SEMAK JUMLAH & SYARAT
Kanak-kanak terutamanya yang kurang bernasib baik akan menerima Bantuan Tunai daripada kerajaan dengan kadar antara RM200 (minimum) sehingga RM1,000 (maksimum) sebulan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan.
Bagaimanakah semak jumlah & syarat bantuan tunai kanak kanak miskin? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS : SEMAK SEKARANG
JUMLAH BANTUAN TUNAI KANAK KANAK MISKIN 2025
Dalam Belanjawan 2025, Bantuan Tunai untuk Kanak-kanak akan dinaikkan dengan jumlah seperti berikut :
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah :
JUMLAH BANTUAN |
---|
RM250 sebulan (minimum seorang kanak-kanak) RM1,000 sebulan (maksimum seisi keluarga) |
- Kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun :
JUMLAH BANTUAN |
---|
RM200 sebulan (minimum seorang kanak-kanak) RM1,000 sebulan (maksimum seisi keluarga) |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI KANAK KANAK MISKIN
Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Kanak-kanak adalah :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI KANAK KANAK
Untuk memohon Bantuan Tunai Kanak-kanak ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut :
- Sila muat turun borang permohonan di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018%20(2022)(1).pdf.
- Cetak borang permohonan tersebut.
- Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Setelah borang tersebut selesai diisi, pemohon perlu menghadirkan diri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berhampiran.
- Selesai.
*Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN KANAK KANAK
Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
SEMAKAN KEPUTUSAN BANTUAN KANAK KANAK
Untuk mengetahui keputusan permohonan Bantuan Kanak-kanak, semakan boleh dibuat seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=QW15ZEo2UnZIMnJXSHdEQTdXZGE3dz09.