CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN 2025 : MOHON SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN 2025 : MOHON SEKARANG

Dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang bernilai RM100 sebulan, mungkin dapat membantu menampung serba sedikit barangan keperluan asas yang diperlukan bagi sesetengah individu atau keluarga yang kurang kemampuan.

Bagaimanakah cara memohon bantuan sumbangan asas rahmah rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI KANAK KANAK MISKIN : SEMAK JUMLAH & SYARAT

TEMPOH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN 2025 DISALURKAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan selama tempoh berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
TEMPOH
PENYALURAN
JUMLAH BANTUAN
Penerima Miskin &
Miskin Tegar
12 bulanRM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
Penerima Asas Bukan
Miskin
9 bulanRM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun

CARA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN DISALURKAN

Sama seperti penyaluran sebelum ini, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 juga akan disalurkan kepada penerima secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) penerima.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN 2025

Lazimnya, syarat-syarat kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir atau menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa (Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa);
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah / warga emas;
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN 2025

Untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, pemohon perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Bagi pemohon yang telah lulus permohonan, boleh membuat pendaftaran eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar dengan dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian eKasih mengikut negeri.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment