BANTUAN TUNAI RM600 SETIAP BULAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN TUNAI RM600 SETIAP BULAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Rakyat Malaysia khususnya yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan tunai setiap bulan sebanyak RM600 sepanjang tahun untuk meringankan bebanan kos sara hidup sekaligus membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan tunai rm600 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI RM600 SETIAP BULAN 2025

Pelbagai bantuan tunai akan disalurkan pada tahun hadapan, namun Bantuan Tunai bernilai RM600 setiap bulan ini akan disalurkan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat selaras dengan Senarai Bersama antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

KADAR BANTUAN TUNAI SETIAP BULAN 2025 DINAIKKAN

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Tunai kepada penerima iaitu daripada RM500 setiap bulan kepada RM600 setiap bulan, supaya dengan penambahan kadar tersebut dapat membantu meningkatkan dayatahan kewangan rakyat.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 SETIAP BULAN

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai bernilai RM600 setiap bulan ini adalah :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di :
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM600 SETIAP BULAN

Berikut merupakan panduan semakan di portal rasmi bantuan :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  4. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status pemohon akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=dmp5dm5raUhvVSt6SVk4MWRmZkswdz09.

Leave a Comment