JUMLAH RASMI BANTUAN STR FASA 4 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Bagi penerima Bantuan STR yang sedia ada dari fasa pertama akan menerima bayaran fasa keempat daripada lebihan baki iaitu antara RM100 sehingga RM650 (bergantung kepada kategori kelayakan penerima sedia ada).
Bagaimanakah semak jumlah rasmi bantuan str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RM600 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
JUMLAH RASMI BANTUAN STR FASA 4 2024
Secara rasminya Bantuan STR fasa empat (4) akan disalurkan mengikut jumlah seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH RASMI BANTUAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | 0 anak : RM200. 1-2 anak : RM350. 3-4 anak : RM500. 5 ke atas : RM650. |
Isi Rumah M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | 0 anak : RM150. 1-2 anak : RM200. 3-4 anak : RM250. 5 ke atas : RM300. |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM150 |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 4 2024
Setiap fasa bilangan penerima Bantuan STR pastinya akan bertambah seiring dengan permohonan yang dibuka sepanjang tahun dan dijangka penerima fasa empat (4) adalah seramai :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | 3.1 juta penerima |
Isi Rumah M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | 1.0 juta penerima |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | 1.3 juta penerima |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | 3.4 juta penerima |
TARIKH RASMI BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Penerimaan Bantuan Tunai STR fasa empat (4) adalah akan bermula pada 7 November 2024 dan berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari melalui pengkreditan ke dalam akaun bank mengikut kelayakan setiap penerima.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 |
---|
Bermula 7 November 2024 (Khamis) |
SEMAK STATUS RASMI BANTUAN STR FASA 4 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan STR Fasa empat (4), semakan boleh dilakukan pada pautan Portal Rasmi STR di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.