SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE PESERTA PLKN 3.0 : CHECK NAMA SEKARANG
Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara amnya akan dipilih dalam kalangan belia khususnya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun siri 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa mengikut konsep serta format baharu.
Bagaimanakah semakan status secara online peserta plkn? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
OBJEKTIF PELAKSANAAN PLKN 3.0
Pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan siri 3.0 adalah untuk membentuk jati diri, displin, dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya anak muda supaya dapat melahirkan generasi yang berdaya tahan.
SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE PESERTA PLKN 3.0
Untuk mengetahui status sebagai peserta PLKN 3.0, semakan status boleh dilakukan seperti berikut :
- Pesanan Ringkas (SMS) :
- Taip ‘PLKN SEMAK’ (ruang) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.
- Contoh :PLKN SEMAK 960230115678
- Taip ‘PLKN SEMAK’ (ruang) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.
- E-mel :
- Hantar e-mel ke PLKN.
- Pusat Panggilan JLKN :
- Hubungi talian : 03-40274773 / 03-40274774 / 03-40274776 / 03-40274777 / 03-40274779 / 03-40274646 / 03-40274664.
- Notis Panggilan :
- Peserta yang terpilih akan menerima Notis Panggilan PLKN.
- Laman Web Rasmi :
- Semakan boleh dibuat di laman web rasmi PLKN (Laman Web Rasmi masih belum dibuka untuk semakan dan akan dikemaskini apabila laman tersebut telah dibuka).
*Nota Penting : Sebarang semakan status secara online masih belum dibuka.
KRITERIA PESERTA PLKN 3.0
Berikut merupakan kriteria peserta PLKN :
- Warganegara Malaysia;
- Fokus Utama : Peserta lepasan SPM berumur 17 hingga 18 tahun;
- Kelonggaran : Peserta yang berumur bawah 35 tahun juga boleh menyertai PLKN 3.0.
TEMPOH PELAKSANAAN PLKN 3.0
Setiap peserta yang terpilih atau disahkan layak perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini selama tempoh tiga (3) bulan sahaja, yang mana tarikh bermula dan tarikh program berakhir akan dimaklumkan kepada setiap individu secara rasmi nanti.
SENARAI PROGRAM PLKN 3.0
Antara program-program PLKN adalah meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti seperti berikut :
- Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.