APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Walaupun Bantuan MyKad Madani telah diperkenalkan sejak tahun 2023 lagi, namun masih ada rakyat yang belum mengetahui berkaitan bantuan ini yang mana sebelum ini ia diperkenalkan kepada golongan miskin tegar sahaja, namun pada tahun 2025 ia akan diperkenalkan juga kepada semua golongan.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan apa itu bantuan mykad madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR B40 : JUMLAH & SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Bantuan MyKad Madani adalah dilaksanakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana bantuan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
BILAKAH BANTUAN MYKAD MADANI 2025 DILAKSANAKAN
Pelaksanaan Bantuan MyKad Madani dijangka akan bermula pada bulan April 2025 dan akan berlansung pada bulan-bulan yang seterusnya (sepanjang tahun) sehingga ke bulan Disember 2025 mengikut tarikh yang akan dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) nanti.
SIAPAKAH GOLONGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Terdapat tiga (3) golongan penerima yang akan menerima Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025, antaranya ialah :
- Miskin Tegar (penerima sejak 2023);
- Miskin Serdehana (penerima sejak 2024); dan
- Asas Bukan Miskin (penerima baharu 2025).
*Ketiga-tiga golongan di atas melibatkan kategori isi rumah dan juga bujang.
BAGAIMANAKAH SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad Madani, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor Mykad tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada [(Pautan Portal Rasmi)].
- Masukkan pula nombor MyKad pada bahagian tersebut.
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Semakan boleh / perlu dilakukan pada tahun 2025.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.