TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 : SEMAKAN

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 : SEMAKAN

Bayaran Bantuan MySTR untuk fasa keempat bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 billion untuk disalurkan kepada hampir 8.7 juta penerima sedia ada dan juga penerima baharu merangkumi semua kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Bagaimanakah semakan tarikh bayaran bantuan mystr fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BILA MASUK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024

Pembayaran Bantuan MySTR adalah secara berperingkat mengikut empat fasa (keseluruhan) yang mana fasa satu (1) hingga fasa tiga (3) telahpun selesai dibayar kepada penerima yang layak. Kini bayaran fasa keempat (4) bakal bermula pada 7 November 2024 (Khamis) ini.

  • Fasa Pertama (1) : 29 Januari 2024.
  • Fasa Kedua (2) : 3 April 2024.
  • FasaKetiga (3) : 29 Ogos 2024.
  • Fasa Keempat (4) : 7 November 2024.

*Sama seperti sebelumnya, pembayaran Bantuan MySTR adalah secara berperingkat akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima selama tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024

Sepanjang tahun 2024 ini, bilangan penerima bayaran Bantuan MySTR akan bertambah setiap fasa seiring dengan permohonan baharu yang diluluskan sepanjang tahun kepada rakyat Malaysia yang layak memohon, berikut merupakan bilangan penerima yang layak fasa empat (4) :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
bawah RM2,500
3.1 juta penerima
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
1.0 juta penerima
Warga Emas Tiada Pasangan1.3 juta penerima
Bujang 21 hingga 59 tahun3.4 juta penerima

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024

Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran Bantuan MySTR fasa empat (4) yang berbeza mengikut kelayakan setiap kategori penerima.

KATEGOR PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYSTR FASA 4
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
0 anak : RM200.
1-2 anak : RM350.
3-4 anak : RM500.
5 ke atas : RM650.
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0 anak : RM150.
1-2 anak : RM200.
3-4 anak : RM250.
5 ke atas : RM300.
Warga Emas Tiada PasanganRM150.
Bujang 21 hingga 59 tahunRM100.
*Jumlah di atas adalah untuk penerima sedia ada. Bagi penerima baharu perlu membuat semakan kelayakan jumlah yang akan diterima bagi fasa empat (4).

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024

Ikuti cara semakan status bayaran Bantuan MySTR fasa empat (4) di pautan Portal Rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

1 thought on “TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 : SEMAKAN”

Leave a Comment