BANTUAN E WALLET B40 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Pelbagai cara serta kaedah yang digunakan untuk menyalurkan bantuan supaya bantuan sampai kepada penerima yang layak tanpa sebarang ketirisan termasuk bantuan yang disalurkan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet.
Bagaimanakah permohonan & semakan bantuan e wallet 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 : SEMAKAN
APA ITU BANTUAN E WALLET
Salah satu inisiatif bantuan tanpa tunai daripada kerajaan adalah Bantuan e-Wallet, ia dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet penerima untuk membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) sahaja dan penerima tidak boleh membuat pengeluaran secara tunai.
JUMLAH & TARIKH BANTUAN E WALLET B40 2024 DIKREDITKAN
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan tunai ke dalam akaun e-Wallet penerima yang layak dengan jumlah sebanyak RM300 pada setiap 5 hingga ke 15 hari bulan pada setiap bulan selama tempoh 24 bulan (2 tahun) berturut-turut.
MANFAAT PENERIMA BANTUAN E WALLET 2024
Antara manfaat yang dapat diperoleh daripada Bantuan e-Wallet ini adalah :
- e-Wallet boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (dengan kod QR e-Wallet);
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
- Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
- e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2024
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan e-Wallet :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
PERMOHONAN BANTUAN E WALLET 2024
Ikuti cara permohonan Bantuan e-Wallet di pautan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Anda perlu mengaktifkan akaun Selangkah e-Wallet.
- Selesai.
*Nota : Tarikh untuk permohonan baharu masih belum dibuka.
SEMAKAN BANTUAN E WALLET 2024
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan e-Wallet, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 atau di laman web : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :
Bantuan E-wallet