BANTUAN TUNAI RM600 BUJANG 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Mengikut rekod yang terkini, bilangan penerima yang berstatus bujang adalah seramai lebih 3.4 juta yang layak menerima Bantuan Tunai bernilai RM600 bagi tahun 2025, namun bilangan tersebut mungkin akan meningkat sejajar dengan permohonan yang akan dibuka pada tahun 2025.
Bagaimanakah permohonan & semakan bantuan tunai rm600 bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN E WALLET B40 : PERMOHONAN & SEMAKAN
CARA BANTUAN TUNAI RM600 BUJANG DISALURKAN
Secara lazimnya, Bantuan Tunai oleh Kerajaan akan disalurkan kepada penerima berstatus bujang melalui cara berikut :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
TARIKH BANTUAN TUNAI RM600 BUJANG 2025 DISALURKAN
Penyaluran Bantuan Tunai yang bernilai RM600 kepada individu bujang adalah pada tarikh-tarikh berikut :
BIL. | TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI |
---|---|
1. | Februari 2025 |
2. | April 2025 |
3. | Ogos 2025 |
4. | November 2025 |
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BUJANG 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan Tunai Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI BUJANG 2025
Bagi yang belum melakukan sebarang permohonan, ikuti cara memohon pada pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari pautan portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI BUJANG 2025
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Tunai Bujang, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.