SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Meneruskan pemberian bantuan barang dapur kepada rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya yang berpendapatan rendah. Bantuan barang dapur disalurkan setiap bulan bertujuan membantu meringankan bebanan perbelanjaan barangan dapur setiap bulan.
Bagaimanakah semakan bantuan barang dapur? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA : CHECK STATUS SEKARANG
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2024
Berikut merupakan antara 10 kategori barang dapur yang boleh ditebus / dibeli dengan menggunakan bantuan :
BIL. | SENARAI BARANG | JENAMA |
---|---|---|
1. | Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
2. | Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White. |
3. | Telur | Nutriplus / QL eggs / CP. |
4. | Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit. |
5. | Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey. |
6. | Biskut | Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng. |
7. | Mi segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap. |
8. | Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf. |
9. | Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup. |
10. | Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta. |
CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR
Ikuti cara tebus / beli bantuan barang dapur seperti berikut :
- Sila kunjungi kedai-kedai atau pasaraya yang telah berdaftar dengan bantuan. (Rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Kemudian pilih barang yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori yang diluluskan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program akan dilabel untuk rujukan penerima. (Label MyKasih di rak tanda harga).
- Di kaunter bayaran, sila tunjukan MyKad (Kad pengenalan) untuk pengesahan penerima bantuan.
- Bayaran adalah dengan menggunakan MyKad (terhad RM100 sahaja, lebihan itu perlu dibayar secara tunai).
- Masukkan 6 digit nombor pin MyKad anda.
- Simpan resit sebagai rujukan baki.
JADUAL PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR 2024
Berikut merupakan tarikh penerimaan bantuan barang dapur bagi tahun 2024 :
TARIKH | JUMLAH UNTUK ISI RUMAH DAN WARGA EMAS | JUMLAH UNTUK BUJANG |
---|---|---|
22.01.2024 | RM100 | RM50 |
01.02.2024 | RM100 | RM50 |
01.03.2024 | RM100 | RM50 |
01.04.2024 | RM100 | RM50 |
01.05.2024 | RM100 | RM50 |
01.06.2024 | RM100 | RM50 |
01.07.2024 | RM100 | RM50 |
01.08.2024 | RM100 | RM50 |
01.09.2024 | RM100 | RM50 |
01.10.2024 | RM100 | RM50 |
01.11.2024 | RM100 | RM50 |
01.12.2024 | RM100 | RM50 |
SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR 2024
Ikuti cara semakan penerima bantuan barang dapur seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan semakan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.