SEMAKAN BANTUAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Merujuk daripada belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, terdapat pelbagai bantuan yang bakal disalurkan kepada golongan B40 termasuk bantuan tunai dan bukan tunai. Bantuan yang disalurkan adalah untuk meringankan bebanan hidup rakyat B40.

Bagaimanakah semakan bantuan b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN B40 2024

Berikut merupakan bantuan-bantuan yang bakal disalurkan khas kepada golongan B40 bagi tahun 2024 :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Skim Perubatan Madani (SPM).
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).
  5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  6. Program Rebat Elektrik.
  7. Program Jualan Rahmah.
  8. Bantuan Helmet Percuma.

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN B40 2024

Berikut merupakan jumlah setiap penerima bagi setiap bantuan yang disenaraikan :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Kadar bantuan yang disalurkan menerusi STR juga berbeza setiap kategori seperti :
      • Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah :
        • RM1,000 (Tiada anak).
        • RM1,500 (1-2 anak).
        • RM2,000 (3-4 anak).
        • RM2,500 (5 ke atas).
      • Isi Rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
        • RM500 (Tiada anak).
        • RM750 (1-2 anak).
        • RM1,000 (3-4 anak).
        • RM1,250 (5 ke atas).
      • Warga Emas Tiada Pasangan pendapatan bawah RM5,000 :
        • RM600.
      • Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah :
        • RM350.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Kadar bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut kategori seperti :
      • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM1,200 / Isi Rumah Asas : RM300.
      • Warga Emas Tiada Pasangan Miskin & Miskin Tegar : RM1,200 / Warga Emas Asas : RM150.
      • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600 / Bujang Asas : RM150.
  3. Skim Perubatan Madani (SPM) :
    • Penerima yang layak boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI mengikut jumlah seperti :
      • Isi Rumah berkeluarga : RM250.
      • Warga Emas tiada pasangan : RM125.
      • Bujang : RM75.
  4. Program MyLesen :
    • Program MyLesen iaitu bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu (ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan).
  5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid sekolah yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.
  6. Program Rebat Elektrik :
    • Program Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar.
  7. Program Jualan Rahmah :
    • Memperluas Program Jualan Rahmah penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
  8. Bantuan Helmet Percuma :
    • Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma untuk kanak-kanak.

SEMAKAN BANTUAN B40 2024

Ikuti cara semakan status bantuan di Portal Rasmi seperti berikut :

  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Semakan nama penerima bantuan Skim Perubatan Madani (SPM) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI di sini : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment