BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY LOGIN : SEMAK STATUS BAYARAN
Walaupun, seramai lebih 8.7 juta penerima yang telah disahkan layak menerima Bantuan Tunai Hasil, namun terdapat sebahagian penerima yang belum mengetahui cara semakan status bayaran melalui log masuk (login) Portal Rasmi Bantuan Tunai.
Bagaimanakah bantuan tunai hasil login? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
KADAR BAYARAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL
Berikut merupakan kadar bayaran kepada setiap penerima Bantuan Tunai Hasil yang terbaru :
KELAYAKAN KATEGORI | KADAR BAYARAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | Bergantung bilangan anak : RM200 hingga RM700 | 3.0 juta |
Isi Rumah M40 | Bergantung bilangan anak : RM150 hingga RM350 | 1.0 juta |
Bujang (Warga Emas) | RM150 | 1.3 juta |
Bujang (21 – 59 tahun) | RM100 | 3.4 juta |
PORTAL RASMI BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY
Hanya di pautan Portal Rasmi di bawah sahaja boleh membuat semakan status bayaran Bantuan Tunai :
PAUTAN PORTAL RASMI BANTUAN TUNAI |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY LOGIN
Ikuti cara log masuk (login) Portal Rasmi Bantuan Tunai untuk semakan status bayaran :
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil; atau klik pautan di atas.
- Makluman terkini pada halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) contoh : 780230115678.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada bahagian seterusnya, klik butang [Semak].
- Sekiranya [Frasa Keselamatan] yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah ditetapkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pula butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN BANTUAN TUNAI HASIL LOGIN
Bagi yang lupa kata laluan untuk log masuk (login) Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil, ikuti cara tetapkan semula kata laluan seperti berikut :
- Pada halaman utama Bantuan Tunai Hasil, masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Terlupa Kata Laluan].
- Bahagian seterusnya, masukkan kembali 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan klik [Semak].
- Masukkan [Alamat Emel] yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Kemudian, klik butang [Seterusnya].
- [Kata Laluan Sementara] akan dihantar melalui alamat emel tersebut.
- Setkan semula kata laluan baru :
- Isikan Kata Laluan Sementara yang diberikan pada kotak [Kata Laluan].
- Cipta Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan.
- Klik pula butang [Log Masuk].
- Frasa Keselamatan pemohon akan dipaparkan dan isikan tiga (3) soalan keselematan.
- Kemudian, klik butang [Seterusnya].
- Isikan kata laluan yang telah ditukar.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.