REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : MOHON SEKARANG
Seperti yang telah diumumkan bantuan di bawah Program MyKasih yang bernilai RM1,200 telah mula diagihkan bermula pada 22 Januari 2024 kepada penerima yang layak tetapi masih ramai yang belum mengetahui berkaitan bantuan MyKasih dan cara daftar bantuan MyKasih.
Bagaimanakah cara register bantuan my kasih rm1200? Ikuti info selanjutnya di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024
Pemberian bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
SISTEM AGIHAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024
Pengagihan bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah mengikut sistem seperti berikut :
- Bagi penerima yang berdaftar di Semenanjung, akan diagihkan ke dalam MyKad setiap bulan sebanyak RM100. Manakala, di Sabah dan Sarawak akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun bank sebanyak RM600 selama (2) kali setahun.
- Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan di kedai dan pasaraya yang terpilih.
- Lebihan baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
- Boleh digunakan sehingga tarikh luput iaitu pada 31 Disember 2024.
REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 2024
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan RM1,200 di bawah MyKasih ini, anda hendaklah membuat pendaftaran melalui eKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
TALIAN REGISTER BANTUAN
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Memohon untuk ekasih
Memohon ekasih
Macam mane nok memohon my kasih ni
assalamualaikum…saya nak mohon my kasih
Macamna nak mohon ekasih
assalamuilaikum saya nak mohon my kasih
Memohon untuk e-Kasih
Macam mne nk mohon my kasih.
Memohon mykasih
Macam mana saya hendak memohon ye?
Macam mana nk memohon
Macam mna nk mohon tau daftar mykasih ya
Saya nak mohon
Asssalamualikum mcm mn nk mohon mykasih
Saya NK mohon mykasih
Macam mana cara memohon ekasih
Permohonan mykasih.
Assalamualaikum mf ggu nk tanya mcm manaa nk dpat kan my kasih rm 100 dlm ic tu atau mcm mana nak cek kwlulusan nya
Saya nak mohon my kasih macam mana
Saya nk mohon my kasih mcm nm
Asalamualaikum.
Ingin memohon bantuan my kasih ,tolong bagi tunjuk ajar cara Cara mendaftar my kasih.
Terimakasih
Saya nak mohon my kasih
Nk register
Saya nk mohon bantuan ekasih
Saya nk mohon bantuan ekasih
Saya nak mohon bantuan ekasih utk mak saya . cara nak buat pendaftaran tu mcm mn ,Tolong bantu saya .
Macam mana nak daftar ni. Call tak boleh
Ingin memohon ekasih
Mcm mna nk mohon my kasih.tlong bantu sya
Ingin memohon ekasih
memohon untuk e-kasih
macam mana nak mohon e kasih?
Macam mana nk mohon my – kasih yg rm 100 dlm ic tu
HI, CARA NK MOHON MY KASIH
Mcm mna nk mohon my kasih.tlong bantu sya
Nk mohon My-Kasih macam mana ye ad link tak untuk daftar. Mohon reply.
Asalamualaikum? Boleh bagi link my kasih tak
ada link permohonan online ke
Macam mana nak Mohan mykasih.Terima kasih
Saya mau daftar my. Kasih
Sudah lama tak lulus
Salam sejahtera. Macam mana cara nak daftar my.kasih
Assalamualaikum, bagaimana kita nak daftar my kasih secara online,,boleh tunjuk atau ajar
Daftar my kasih
Nak daftar mykasih
Saya c Callixtus Ondah sya mu kasih
Saya mahu daftar my kasih boleh k
saya mahu daftar ekasih ble ke?
Sya nk memohon e kasih
sy nak mohon mykasih…tlg bantu sy..
Saya pendat satu bulan 1500 sahaja pade mase ini mahala barang2
saya nak memohon my kasih.saya warga emas.