STR 2025 SEMAKAN STATUS : CHECK BAYARAN FASA 1
Maklumat yang terkini pemohon boleh mula dikemaskini untuk penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa satu pada tahun 2025. Disamping itu juga, rakyat yang belum memohon boleh membuat permohonan baharu bermula 19 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 untuk fasa satu dan akan dibuka pada bulan seterusnya untuk fasa kedua.
Bagaimanakah str semakan status bayaran fasa 1? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF TERKINI : MOHON ONLINE SEKARANG
APA ITU STR 2025
Secara rasminya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan bantuan tunai khas oleh kerajaan lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan melalui Bantuan STR yang disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun.
Peruntukan Bantuan STR bagi tahun 2025 adalah yang tertinggi iaitu sebanyak RM13 billion akan disalurkan kepada 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia melalui empat (4) fasa bagi sepanjang tahun 2025.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2025
Antara syarat kelayakan utama penerima Bantuan STR adalah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
*Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH STR 2025
Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan STR bagi tahun 2025 seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada Anak : RM1,000 1 – 2 Anak : RM1,500 3 – 4 Anak : RM2,000 5 dan ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM500 1 – 2 Anak : RM750 3 – 4 Anak : RM1,000 5 dan ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
JADUAL BAYARAN STR 2025
Lazimnya bayaran Bantuan STR adalah mengikut jadual seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PENERIMAAN STR 2025 |
---|---|
Pertama (1) | Februari 2025 |
Kedua (2) | April 2025 |
Ketiga (3) | Ogos 2025 |
Keempat (4) | November 2025 |
STR 2025 SEMAKAN STATUS
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025, pemohon boleh membuat semakan status pada pautan Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [No. Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada bahagian pengesahan, klik butang [Semak].
- [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Bahagian utama pemohon akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
saya mahu darftar untuk bantuan sara one off tetapi tak dapat kerana too
confusing.
Encik x payah daptar..klu anda ahli penerima str, anda akan dapt..sara one off masuk bank 9 /12..
Bantuan Sara itu kalau tidak silap saya dia ambik maklumat berdasarkan STR. Kalau STR kesemua fasa masuk akaun permohon, MySara juga automatik dapat. Cuma beza MySara masuk skaligus mulai 7 Disember 2024.
Terima kasih
saya betul betul memerlukan
Nak tanya utk STR 2025 ni, perlu mohon baru ke? Sy lulus STR 2024 dan takde apa perubahan maklumat