CHECK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 : B40 & M40

CHECK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 : B40 & M40

Kebiasaanya Bantuan SARA disalurkan secara ansur setiap bulan atau dua (2) kali setahun kepada penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar, namun bagi penerima yang bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar akan menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus).

Bagaimanakah check bantuan sara one off rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2025 SEMAKAN STATUS : CHECK BAYARAN FASA 1

TARIKH BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 DISALURKAN

Bantuan SARA atau rasminya dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan secara one-off (sekaligus) dengan jumlah sebanyak RM300 kepada penerima yang berstatus BUKAN Miskin dan Miskin Tegar bermula pada tarikh 9 Disember 2024 (Isnin).

KAEDAH BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 DISALURKAN

Kaedah penyaluran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada penerima iaitu :

  • Penerima mempunyai akaun bank yang aktif :
    • Akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara one-off; atau
  • Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ :
    • Akan diberikan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional secara one-off.

JUMLAH PENERIMA DAN KADAR IMPLIKASI BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024

Berikut merupakan jumlah penerima berserta dengan kadar implikasi Bantuan SARA secara one-off :

AMAUN BANTUANJUMLAH PENERIMAKADAR IMPLIKASI
RM3003.5 juta penerimaRM1.0 billion

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024

Antara kelayakan penerima Bantuan SARA one-off bernilai RM300 adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima STR 2024 kategori Isi rumah B40 dan M40;
  • Tiada dalam rekod pengkalan data e-Kasih.

CHECK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024

Ikuti cara check / semakan status penerima Bantuan SARA secara one-off bernilai RM300 seperti di bawah :

  • Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  • Halaman utama portal akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  • Klik butang [Log Masuk].
  • Seterusnya, klik [Semak].
  • ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  • Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  • Masukkan kata laluan yang betul.
  • Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  • Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  • Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “CHECK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 : B40 & M40”

Leave a Comment