SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Antara salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat adalah dengan menyalurkan bantuan sara hidup bernilai RM100 setiap bulan. Menyasarkan seramai 0.7 juta rakyat Malaysia untuk menerima bantuan sara hidup bagi tahun 2024 ini.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan sara hidup rm100 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : CHECK STATUS SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JADUAL PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan jadual penerimaan Bantuan Sara Hidup RM100 setiap bulan sepanjang tahun 2024 :
TARIKH | JUMLAH |
---|---|
22 Januari 2024 | RM100 |
01 Februari 2024 | RM100 |
01 Mac 2024 | RM100 |
01 April 2024 | RM100 |
01 Mei 2024 | RM100 |
01 Jun 2024 | RM100 |
01 Julai 2024 | RM100 |
01 Ogos 2024 | RM100 |
01 September 2024 | RM100 |
01 Oktober 2024 | RM100 |
01 November 2024 | RM100 |
01 Disember 2024 | RM100 |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Bantuan Sara Hidup RM100 setiap bulan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi Kad pengenalan diri penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai yang berdaftar seluruh Malaysia dan pembayaran hanya dengan menggunakan kad pengenalan sahaja.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Terdapat dua (2) laman sesawang yang boleh membuat semakan, ikuti cara semakan penerima Bantuan Sara Hidup RM100 setiap bulan seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN 1 |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan semakan status di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
PAUTAN SEMAKAN 2 |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan semakan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Sara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.