CARA REGISTER MYKASIH 2024 : MOHON SEKARANG

CARA REGISTER MYKASIH 2024 : MOHON SEKARANG

Melalui Yayasan Mykasih yang ditubuhkan oleh NGO tempatan iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean pada tahun 2009 untuk membantu golongan miskin tegar turut mendapat peruntukan daripada Kerajaan pada tahun 2023 dan bagi tahun 2024 tidak terhad hanya kepada miskin tegar sahaja.

Bagaimanakah cara register mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR BANTUAN MYKASIH 2024

Kerajaan menyalurkan bantuan di bawah MyKasih ialah Sumbangan Asas Rahmah mengikut kadar yang ditetapkan setiap kelayakan penerima seperti berikut :

  • Golongan Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas tiada pasanganRM1,200
BujangRM600
  • Golongan Miskin e-Kasih :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas tiada pasanganRM1,200
BujangRM600
  • Golongan Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM300
Warga Emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

KELAYAKAN REGISTER MYKASIH 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Mykasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA REGISTER MYKASIH 2024

Untuk menerima bantuan MyKasih, pemohon perlu mendaftar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan sekiranya berpendapatan rendah, pemohon boleh mendaftar dengan e-Kasih. Berikut merupakan cara pendaftaran STR :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

TALIAN REGISTER MYKASIH 2024

Sekiranya pemohon memenuhi syarat (berstatus miskin / miskin tegar) pemohon boleh membuat pendaftaran e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/.

3 thoughts on “CARA REGISTER MYKASIH 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment