CHECK BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM150 FASA 4 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Bagi membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat, pihak kerajaan melancarkan inisiatif Bantuan Barang Dapur bagi menampung kos perbelanjaan barang dapur khusus kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40).
Bagaimanakah cara check bantuan barang dapur b40 rm150 fasa 4? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF TERBARU : SEMAK TARIKH RASMI
PENGENALAN INISIATIF BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024
Inisiatif Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara barangan fizikal, namun ia diberikan secara tanpa tunai kepada melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan penerima yang membolehkan penerima untuk memilih barang dapur yang ingin dibeli di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran.
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM150 FASA 4 2024
Pemberian Bantuan Barang Dapur kepada golongan B40 adalah secara ansur berperingkat mengikut fasa dan kini adalah fasa yang keempat (4) bermula pada 1 November 2024 (Jumaat) dikreditkan ke dalam akaun yang dibuka dengan nombor kad pengenalan penerima.
JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR B40 FASA 4 2024 YANG DIBERIKAN
Bantuan Barang Dapur yang diberikan kepada golongan B40 adalah mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori mengikut kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan | RM100 |
Isi Rumah Tunggal | RM100 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR |
---|---|
Bujang Belia | RM50 |
Bujang Warga Emas | RM100 |
SENARAI BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI
Hanya barang dapur yang disenaraikan di bawah sahaja boleh dibeli dengan bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun kad pengenalan, antara barangan dapur yang boleh dibeli adalah :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
*Penerima perlu memilih barang di atas dan perlu membuat pembelian mengikut jumlah baki yang mengcukupi sahaja.
CHECK BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM150 FASA 4 2024
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur, ikuti cara check status seperti di bawah :
- Sila layari pautan rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.