SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH RM150 TERBARU FASA 4 2024 : CHECK BAYARAN SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH RM150 TERBARU FASA 4 2024 : CHECK BAYARAN SEKARANG

Secara umumnya, ketua keluarga yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa (berbeza bagi setiap negeri) akan disahkan status oleh e-Kasih dan layak untuk menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk bantuan yang bernilai sehingga RM150.

Bagaimanakah cara semak status bantuan ekasih rm150 terbaru fasa 4? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM150 FASA 4 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN EKASIH RM150 2024

eKASIH adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang
mengandungi maklumat mengenai kemiskinan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang akan layak menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan atau agensi pemberi bantuan bagi membasmi kemiskinan.

Bantuan yang disalurkan sehingga RM150 adalah daripada program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khusus untuk ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin serta miskin tegar.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH RM150 TERBARU FASA 4 2024

Pembayaran Bantuan yang berjumlah RM150 adalah mengikut jadual bayaran fasa keempat (4) seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH
PENERIMAAN
JUMLAH
YANG DITERIMA
Empat (4)01/10/2024
01/11/2024
01/12/2024
Ketua Isi Rumah :
RM100 setiap bulan.
Ahli Isi Rumah :
RM50 setiap bulan.

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN EKASIH RM150 2024

Cara bayaran Bantuan yang bernilai RM150 melalui data e-Kasih kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang telah didaftarkan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH RM150 TERBARU FASA 4 2024

Ikuti cara semakan status Bantuan e-Kasih yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH RM150 TERBARU FASA 4 2024 : CHECK BAYARAN SEKARANG”

Leave a Comment