TARIKH BAYARAN E WALLET RM450 TERBARU 2024 : CARA TEBUS & CLAIM
Penerimaan bantuan secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet bagi sesetengah penerima dapat memudahkan, namun bagi sesetengah penerima pula terutamanya yang tidak mempunyai telefon pintar akan menjadi sukar. Oleh itu, kerajaan juga akan menyalurkan bantuan secara tunai.
Bilakah tarikh bayaran e wallet rm450 terbaru dan bagaimanakah cara tebus? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
APA ITU BANTUAN E WALLET TERBARU 2024
Bantuan e-Wallet adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang disalurkan secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet (dalam telefon pintar) yang bertujuan untuk memudahkan rakyat untuk membuat pembelian secara tanpa tunai.
Namun, Kerajaan Persekutuan juga akan turut menyalurkan Bantuan Sara secara tunai atau melalui akaun bank bagi memudahkan semua rakyat untuk menerima bantuan dan menggunakannya untuk apa sahaja transaksi.
TARIKH BAYARAN E WALLET RM450 TERBARU 2024
Bayaran bantuan secara tanpa tunai ke dalam akaun aplikasi e-Wallet adalah setiap bulan telah bermula sejak bulan Ogos dan bayaran seterusnya adalah pada bulan Disember 2024 yang mana ianya terhad kepada hampir 1 juta isi rumah disahkan layak sahaja.
Pembayaran Bantuan Sara secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui nombor akaun bank penerima pula akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini kepada lebih 8 juta rakyat yang merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
JUMLAH BAYARAN E WALLET TERBARU 2024
Setiap isi rumah yang disahkan layak, akan menerima bayaran bantuan secara tanpa tunai melalui akaun aplikasi e-Wallet dengan jumlah sebanyak RM300. Manakala bayaran Bantuan Sara secara tunai pula akan dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori.
- Isi Rumah : RM300;
- Warga Emas : RM150;
- Bujang : RM150.
CARA TEBUS / SEMAKAN BAYARAN E WALLET TERBARU 2024
Ikuti cara semakan kelayakan bayaran Bantuan e-Wallet dan cara semakan kelayakan bayaran Bantuan Sara seperti berikut :
- Panduan Cara Semakan Kelayakan Bayaran Bantuan e-Wallet :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Cara Semakan Kelayakan Bayaran Bantuan Sara :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/ & https://www.bingkasselangor.com/.