BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada 2025 akan diperluaskan supaya lebih ramai rakyat yang akan menerima manfaat daripadanya. Oleh itu, kerajaan telah membuka permohonan baharu bagi penerimaan tahun 2025.
Bagaimanakah cara memohon bantuan sumbangan asas rahmah rm1200 2025? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : DAFTAR EKASIH KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 : MOHON SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan kepada rakyat yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah (B40) bagi sepanjang tahun 2025.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2025
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- ISI RUMAH :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah.
- WARGA EMAS :
- Bujang; atau
- IbuBapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan individu bawah garis PGK semasa.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori warga emas.
- BUJANG :
- Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan individu bawah garis PGK semasa; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori bujang.
CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2025
Ikuti cara memohon Bantuan Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila layari di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2025
Untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berjumlah RM1,200, pemohon perlu mendaftar e-Kasih seperti berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Talian e-Kasih :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Talian e-Kasih :
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.