CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK PENERIMA
Manfaat Bantuan SARA akan dirasai oleh kesemua penerima STR yang berstatus lulus pada tahun 2024. Namun, hanya seramai 8 juta sahaja penerima yang akan menerima pembayaran dengan cara sekaligus (one-off) kerana 0.7 juta telahpun menerima bayaran SARA secara ansur setiap bulan.
Bagaimanakah check status bayaran sara one off rm300? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN E WALLET : RM100 (B40)
CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA yang akan diterima secara one-off, check pada pautan rasmi di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024
Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan secara berperingkat daripada tarikh tersebut mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024
Tidak kesemua 8 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA berjumlah RM300, namun bayaran SARA adalah mengikut kadar kelayakan setiap penerima yang telah ditetapkan setiap kategori Isi Rumah dan Bujang seperti berikut :
- 3.5 juta Isi Rumah akan menerima RM300 secara one-off (sekaligus).
- 4.5 juta Bujang akan menerima RM150 secara one-off (sekaligus).
KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus), kerajaan menyediakan dua (2) kaedah pembayaran, iaitu :
- Bayaran Secara Tunai :
- Penerima yang tiada akaun atau status ‘Gagal Kredit’ boleh mengambil wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Bayaran Secara Tanpa Tunai :
- Penerima yang ada akaun bank yang aktif perlu menunggu wang dikreditkan ke dalam nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.