SKAS SARAWAK REGISTER ONLINE (2025 CARA DAFTAR BANTUAN)
Rang Undang-undang Perbekalan Negeri Sarawak telah dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Persidangan Dun Sarawak baru-baru ini akan menyediakan peruntukan inisiatif baharu iaitu Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Bagaimanakah cara register secara online bantuan skas Sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 : SEMAK PENERIMA
PENGENALAN SKAS SARAWAK
SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah diperkenalkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan pelbagai lagi bahan makanan asas bagi meneruskan kelangsungan hidup.
KADAR PERUNTUKAN PENERIMA SKAS SARAWAK
Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri Sarawak akan memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk menyalurkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) khas kepada lebih 850,000 ribu warga Sarawak yang menetap di Negeri Sarawak serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SKAS SARAWAK REGISTER
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pada tahun 2025 :
- Warga Sarawak serta menetap di Sarawak;
- Isi Rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan;
- Warga Emas tiada pasangan yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan; dan
- Bujang yang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.
KADAR AMAUN KELAYAKAN SKAS SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan mengikut kadar amaun mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR AMAUN SKAS SARAWAK |
---|---|
ISI RUMAH | RM800 |
WARGA EMAS | RM400 |
BUJANG | RM250 |
TARIKH PENERIMAAN SKAS SARAWAK
Kerajaan Negeri Sarawak masih belum mengeluarkan tarikh rasmi penerimaan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan pihak kami akan kemaskini ‘Tarikh Penerimaan SKAS’ sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SKAS SARAWAK REGISTER ONLINE
Portal untuk register (pendaftaran) Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) secara online (atas talian) masih belum dibuka dan apabila portal tersebut telah dibuka atau mempunyai sebarang perubahan, pihak kami akan kemaskini semula panduan untuk pendaftaran.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARAWAK. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://sarawak.gov.my/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://suarasarawak.my/sumbangan-keperluan-asas-sarawak-diberi-tahun-depan/.