SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Oleh kerana harga barang dapur saban hari semakin naik, Kerajaan memperuntukan bantuan khas iaitu Bantuan Barang Dapur untuk rakyat dalam kategori B40 yang berpendapatan rendah. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat B40.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan barang dapur b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 : SEMAK STATUS SEKARANG

KATEGORI PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Terdapat tiga (3) kategori penerima yang layak menerima Bantuan Barang Dapur seperti berikut :

  1. Isi rumah berkeluarga atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak.
  2. Warga emas tiada pasangan (bujang) dan tidak mempunyai anak.
  3. Bujang berpendapatan rendah atau bujang berstatus OKU.

KADAR BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Pemberian Bantuan Barang Dapur adalah mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Akan menerima sebanyak RM1,200 setahun (RM100 sebulan selama 12 bulan)
  2. Kategori Warga Emas :
    • Akan menerima sebanyak RM1,200 setahun (RM100 sebulan selama 12 bulan)
  3. Kategori Bujang :
    • Akan menerima sebanyak RM600 setahun (RM50 sebulan selama 12 bulan)

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Berikut merupakan senarai barangan dapur yang diluluskan untuk penerima bantuan :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

*Nota : Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

CARA PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR

Ikuti cara penerimaan Bantuan Barang Dapur seperti langkah di bawah :

  1. Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima.
  2. Kemudian, penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
  3. Seterusnya, sila pilih barangan dapur berdasarkan 10 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  6. Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan kad pengenalan dan penerima perlu memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  7. Simpan resit untuk semakan baki.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Ikuti cara semakan status penerima yang layak menerima Bantuan Barang Dapur melalui laman rasmi semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment