SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

Menginsafi keperluan rakyat terutamanya umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, Kerajaan sekali lagi melancarkan bantuan dalam bentuk tunai bernilai RM500 untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan untuk menjalani ibadah puasa dengan kecukupan.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan awal ramadhan rm500? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : SEMAK SEKARANG

TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Seperti yang telah diumumkan, Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 telah mula diagihkan kepada penerima seperti tarikh berikut :

PERKARATARIKH
Tarikh agihan Bantuan
Awal Ramadhan RM500
Bermula pada 1 Ramadhan 1445H
dan secara berperingkat sehingga
selesai.

KAEDAH AGIHAN BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Pengagihan Bantuan Awal Ramadhan bernilai RM500 adalah diagihkan seperti kaedah berikut :

PERKARAPENERANGAN
Kaedah agihan Bantuan
Awal Ramadhan RM500
Diagihkan ke dalam akaun
bank penerima sebanyak RM500
secara sekaligus (one-off).

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan penerima yang telah ditetapkan untuk menerima Bantuan Awal Ramadhan sebanyak RM500 bagi tahun 2024 :

BIL.KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA
BANTUAN AWAL RAMADHAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Beragama Islam.
3.Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang
daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah
Persekutuan
4.Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang
yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab /
mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu
teksi dan lain-lain lagi.
*Adalah tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifaya bantuan.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Semakan senarai nama penerima yang layak menerima Bantuan Awal Ramadhan boleh disemak melalui laman rasmi semakan di pautan berikut :

PERKARAPAUTAN SEMAKAN RASMI
Semak Senarai Nama
Penerima Bantuan
Awal Ramadhan RM500
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment