BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024 : SEMAK SEKARANG SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024 : SEMAK SEKARANG SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

Bulan Ramadhan merupakan bulan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Namun, ada segelintir yang kurang kemampuan untuk menyambut bulan Ramadhan dengan kecukupan. Oleh yang demikian, Bantuan Awal Ramadhan diperkenalkan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam.

Bagaimanakah semak syarat kelayakan dan cara memohon bantuan awal ramadhan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET RM300 : SEMAK SEKARANG SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN

Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024
RM500 disalurkan secara sekaligus (one-off)

TARIKH PENYALURAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Penyaluran Bantuan Awal Ramadhan adalah secara sekaligus mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH PENYALURAN BANTUAN AWAL RAMADHAN
Akan dikreditkan bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan
1 Ramadhan 1445H secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Penyaluran Bantuan Awal Ramadhan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024

Sekiranya anda memenuhi segala syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan seperti cara-cara memohon seperti berikut :

  1. Pemohon perlu menghadirkan diri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal; atau
  2. Layari laman web MAIWP (klik pada pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/).
  3. Kemudian klik pada [Bantuan Zakat].
  4. Pilih salah satu bantuan yang ingin dipohon.
  5. Muat turun borang permohonan.
  6. Isikan dan lengkapkan borang permohonan dengan betul dan tepat.
  7. Hantar ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat MAIWP Pusat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment