BANTUAN EWALLET RM300 2024 : SEMAK SEKARANG SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON

BANTUAN EWALLET RM300 2024 : SEMAK SEKARANG SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON

Pengkreditan tunai bantuan melalaui aplikasi e-Wallet (e-Dompet) memudahkan rakyat Malaysia untuk menerima bantuan serta dapat menggunakan bantuan dengan mudah dan efisyen. Bantuan ini dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak.

Bagaimanakah semak syarat kelayakan dan cara memohon bantuan ewallet rm300? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM300

Bantuan yang dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet sebanyak RM300 ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seawal tahun 2021 bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi terutamanya dalam mengharungi pasca pandemik ngeri COVID-19, dan akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Pemberian bantuan RM300 setiap bulan yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300

Berikut merupakan manfaat yang diperoleh penerima daripada bantuan e-Wallet RM300 :

  • Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

BANTUAN EWALLET RM300 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan seperti cara-cara memohon berikut :

PAUTAN RASMI PERMOHONAN
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  5. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  6. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  7. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  8. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  9. Klik [Sahkan OTP].
  10. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  11. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  12. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  13. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  14. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  15. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  16. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  17. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  18. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  19. Tekan butang [Hantar].
  20. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  21. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment