SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 1200 2024 : CHECK SEKARANG

Kaedah pemberian bantuan barang dapur melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima adalah merupakan bantuan yang efektif untuk penerima khasnya golongan yang terkesan akan kenaikkan harga barang dapur. Oleh itu, Kerajaan terpanggil untuk menyalurkan bantuan barang dapur yang bernilai sehingga RM1,200.

Bagaimanakah semak status penerima bantuan barang dapur dalam mykad 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH RM1200 DALAM IC : CHECK SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 1200 2024

Penerima akan menerima bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad bernilai sehingga RM1,200 yang dikreditkan selama 12 bulan iaitu sebanyak RM100 sebulan ke dalam Mykad bermula 22 Januari 2024 dan boleh digunakan untuk membeli barang dapur di mana-mana kedai yang terpilih.

APAKAH SENARAI BARANG DAPUR DALAM MYKAD

Berikut merupakan senarai barang dapur yang boleh dibeli menggunakan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

BAGAIMANAKAH CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 1200 2024

Berikut merupakan cara tebus / cara pembelian barang dapur dengan menggunakan Mykad :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.)
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 1200 2024

Ikuti cara semak status penerima yang layak menerima bantuan barang dapur dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment