CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Mungkin dengan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM500 dapat membantu meringankan bebanan golongan asnaf terutamanya untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Bantuan Awal Ramadhan ini diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membantu umat Islam yang memerlukan untuk menyambut bulan Ramadhan.

Bagaimanakah check senarai nama penerima bantuan 500 awal ramadhan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 1200 : CHECK SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024

Merujuk daripada sebuah artikel yang berkaitan, ia telah menyatakan bahawa penerima yang layak akan menerima Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 bermula pada 1 Ramadhan 1445H dan akan disalurkan secara berperingkat mengikut kelayakan penerima.

BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024

Penerima yang disahkan layak akan menerima Bantuan Awal Ramadhan sebanyak RM500 bermula 1 Ramadhan 1445H secara berperingkat secara sekaligus (one-off) tunai atau ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan ketika membuat pendaftaran / permohonan bantuan.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024

Setiap pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut akan dipertimbangkan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima Bantuan Awal Ramadhan di portal rasmi semakan seperti berikut :

  1. Sila klik pautan portal rasmi semakan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

1 thought on “CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 500 AWAL RAMADHAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment