SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 500 RAMADHAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 500 RAMADHAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Pembayaran Bantuan Awal Ramadhan telah mula disalurkan kepada penerima secara berperingkat mengikut kelayakan permohonan. Dengan adanya bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan untuk perbelanjaan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 500 ramadhan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 500 RAMADHAN 2024

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan Ramadhan yang bernilai RM500 kepada penerima :

TARIKH BANTUAN RAMADHAN RM500
Dijangka bermula pada 1 Ramadhan 1445H dan secara
berperingkat.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN 500 RAMADHAN 2024

Penerima yang layak akan menerima Bantuan Ramadhan sebanyak RM500 mengikut kaedah seperti berikut :

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN RAMADHAN RM500
RM500 akan dibayar sekaligus secara one-off kepada penerima.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 500 RAMADHAN 2024

Adalah tertakluk kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifaya.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 500 RAMADHAN 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak melalui portal rasmi seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN RAMADHAN
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
  1. Sila klik pautan laman web rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment