BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS

Pastinya setiap penerima sudah sedia maklum bahawa pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berfasa dan berperingkat. Bagi fasa pertama telah selesai disalurkan pada 2 Februari 2024 lalu dan kini telah memasuki fasa kedua bagi tahun 2024.

Bagaimanakah semakan status bantuan sumbangan tunai rahmah fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 500 RAMADHAN : CHECK STATUS SEKARANG

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mengikut jenis penerima seperti kaedah berikut :

  • Penerima yang mempunyai akaun bank :
    • Akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
  • Penerima yang tidak mempunyai akaun bank :
    • Akan diberikan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

JUMLAH BAYARAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Bayaran untuk setiap penerima yang berbeza mengikut jumlah setiap kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BAYARAN STR
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM500 (Tiada anak)
RM500 (1-2 anak)
RM500 (3-4 anak)
RM500 (5 ke atas)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 (Tiada anak)
RM150 (1-2 anak)
RM250 (3-4 anak)
RM300 (5 ke atas)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM100
*Jadual di atas adalah merupakan bayaran fasa pertama. Untuk fasa kedua akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Pembayaran untuk fasa kedua adalah dijangka mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Bayaran Bantuan Sumbangan
Tunai Rahmah Fasa 2 2024
Dijangka disalurkan sebelum
perayaan Aidilfitri iaitu pada
bulan April 2024
*Tarikh rasmi bakal diumumkan tidak lama lagi.

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Ikuti cara semakan status bayaran serta tarikh bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa kedua di pautan rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Status Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa 2 2024
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment