SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Bermacam inisiatif bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan berpendapatan rendah (B40) sepanjang tahun 2024 ini. Dengan adanya bantuan-bantuan yang disalurkan ini, Kerajaan yakin akan dapat mengangkat taraf ekonomi rakyat sekaligus dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di Malaysia.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan b40 kerajaan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 2 : CHECK TARIKH & JUMLAH BAYARAN DIKREDITKAN
SENARAI BANTUAN B40 KERAJAAN 2024
Berikut merupakan bantuan-bantuan yang disalurkan sepanjang tahun 2024 oleh Kerajaan kepada golongan B40 :
BIL. | SENARAI BANTUAN KERAJAAN |
---|---|
1. | Bantuan Awal Persekolahan (BAP) |
2. | Bantuan Awal Ramadhan (BAR) |
3. | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
4. | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
5. | Skim Perubatan Madani (SPM) |
6. | Bantuan e-Wallet (BINGKAS) |
KADAR NILAI BANTUAN B40 KERAJAAN 2024
Setiap bantuan-bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut kadar nilai yang tertentu seperti berikut :
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
KADAR NILAI BANTUAN AWAL PERSEKOLAH |
---|
RM150 Setiap seorang murid darjah 1 sehingga tingkatan 5 (untuk membantu meringankan kos perbelanjaan persiapan persekolah anak) |
- Bantuan Awal Ramadhan (BAR) :
KADAR NILAI BANTUAN AWAL RAMADHAN |
---|
RM500 Disalurkan secara sekaligus pada awal Ramadhan |
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR NILAI BANTUAN STR |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM1,000 (0 anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM500 (0 anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM350 |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI MISKIN TEGAR | KATEGORI MISKIN EKASIH | KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Isi Rumah : RM1,200 | Isi Rumah : RM1,200 | Isi Rumah : RM300 |
Warga Emas : RM1,200 | Warga Emas : RM1,200 | Warga Emas : RM150 |
Bujang : RM600 | Bujang : RM600 | Bujang : RM150 |
- Skim Perubatan Madani (SPM) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR NILAI BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Bekeluarga | RM250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM125 |
Bujang | RM75 |
- Bantuan e-Wallet (BINGKAS) :
KADAR NILAI BANTUAN E-WALLET |
---|
RM300 Setiap bulan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN 2024
Setiap bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk penerima dan syarat umumnya ialah penerima haruslah Warganegara Malaysia.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN 2024
Untuk membuat semakan status haruslah melalui portal rasmi bantuan. Berikut merupakan pautan-pautan rasmi bantuan untuk semakan status :
JENIS BANTUAN | PAUTAN SEMAKAN STATUS |
---|---|
Bantuan Awal Ramadhan (BAR) | https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/ |
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.mykasih.com.my/ |
Skim Perubatan Madani (SPM) | https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/ |
Bantuan e-Wallet (BINGKAS) | https://www.bingkasselangor.com/ |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal-portal Rasmi bantuan-bantuan yang disenaraikan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di setiap portal bantuan.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf dan https://semakankini.com/senarai-bantuan-tunai-2024/.